PRU15: Berjasa kenal pasti 40 calon boleh menang

Iklan
Ir Lukman Al-Hakim. - Foto FB Berjasa

KUALA LUMPUR - Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) telah mengenal pasti 40 calon boleh menang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya Berjasa, Ir Lukman Al-Hakim dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan calon-calon berkenaan telah melalui proses saringan bagi bertanding sebagai calon Berjasa.

Iklan
Iklan

"Calon-calon ini terdiri daripada ketua jabatan kementerian, doktor pakar, pensyarah universiti, tokoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan multinasional (MNC) serta beberapa teknokrat dan individu ternama yang lain,” katanya. - Bernama

Iklan
Iklan