Korea Utara lancar dua peluru berpandu jarak jauh

Iklan
Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu jarak jauh pada Rabu. -Foto EPA
SEOUL - Korea Utara pada Rabu melancarkan dua peluru berpandu jarak jauh di bawah arahan langsung pemimpin tertingginya, Kim Jong Un, Xinhua memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Khamis.

Pelancaran itu bertujuan meningkatkan lagi kecekapan pertempuran dan kekuatan peluru berpandu jelajah jarak jauh yang digunakan Tentera Rakyat Korea untuk operasi nuklear taktikal dan mengesahkan kebolehpercayaan serta keselamatan sistem operasinya secara keseluruhan.

Pemimpin tertinggi Korea Utara itu menegaskan bahawa pelancaran peluru berpandu itu adalah"pengesahan praktikal dan demonstrasi jelas mengenai kebolehpercayaan dan kapasiti perang tempur negara," menurut KCNA.

Korea Utara"harus terus mengembangkan operasi bersenjata strategik nuklear untuk menghalang sebarang krisis ketenteraan dan perang yang mungkin terjadi pada bila-bila masa serta mengambil inisiatif ke arah berkenaan", Jong Un dipetik oleh KCNA sebagai berkata.

Beliau juga menegaskan bahawa Korea Utara harus menumpukan semua usaha ke arah"meningkatkan pembangunan bersenjata nuklear negara secara berterusan". - Bernama