UiTM cari resolusi atasi masalah kediaman, pengangkutan

Iklan
Roziah (duduk, kiri) dan Rita Sosilawati (kanan) beramah mesra dengan hadirin ketika Majlis Menandatangani Surat Hasrat Antara UiTM Dengan Wanita Ikon Selangor 2022 dan Majlis Pelancaran 'Are You Ok Centre' di UiTM Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan terus mencari resolusi terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan kediaman dan masalah pengangkutan dialami pelajarnya.

Naib Canselornya, Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, dua daripada kampus paling terjejas dengan masalah kekurangan kediaman ketika ini adalah UiTM Shah Alam dan UiTM Puncak Alam.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, ramai pelajar tinggal di Bandar Baru Klang, Meru dan Seksyen 13, jauh dari pusat pengajian mereka. Keadaan itu menyebabkan timbul isu pengangkutan untuk kampus," katanya.

Beliau ditemui pemberita Majlis Menandatangani Surat Hasrat Antara UiTM Dengan Wanita Ikon Selangor 2022 dan Majlis Pelancaran 'Are You Ok Centre' di UiTM Shah Alam pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Wanita Ikon Selangor, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan nama Datin Rita Sosilawati.

Roziah berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa dalam isu mendapatkan rumah sewa berdekatan dengan kampus dan isu pengangkutan untuk ke kampus.

Iklan

"Saya menguruskan isu ini setiap hari menerusi timbalan naib canselor pembangunan dan timbalan naib canselor hal ehwal pelajar, memang sepanjang masa pegawai kita menguruskan hal ini.

"Saya mengakui banyak aduan di media sosial tetapi kita cuba atasi termasuk memohon mendapatkan bas Rapid KL dan bas Selangor untuk memberikan perkhidmatan membawa pelajar ke kampus," katanya.

Tambahnya, ketika ini kira-kira 1,000 pelajar di universiti berkenaan terpaksa mengikuti pengajian dalam talian kerana masalah kekurangan kediaman dan pengangkutan untuk ke kampus masing-masing.