Pas sebulat suara tidak bubar DUN, pilih PN

Iklan
Ahmad Fadhli

KUALA LUMPUR - Keputusan Pas untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang diterajuinya serta mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dicapai tanpa sebarang bantahan.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari bagaimanapun enggan mendedahkan sebab utama parti itu mengambil pendirian sedemikian.

Iklan
Iklan

Ahmad Fadhli juga enggan mengulas lanjut, bila keputusan itu akan dipersembahkan kepada sultan di negeri-negeri yang terlibat.

Pas kini menerajui tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Iklan

Sementara itu, ditanya pendirian Pas berhubung Muafakat Nasional (MN), beliau menyatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah cukup untuk menggambarkan pendirian parti itu.

"Sebagaimana yang anda lihat dalam kenyataan (Presiden Pas), itulah yang tersurat dan tersirat," jelasnya.

Iklan

Menyentuh mengenai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau yang juga Ketua Pemuda PN berkata, mereka telah bersedia dan akan melancarkan jentera pilihan raya PN yang dijadualkan pada 22 Oktober ini di Serdang, Selangor.

"Kita juga mengharapkan lebih ramai anak muda yang ditampilkan. Walau apapun, sudah tentu pada akhirnya 'winnable candidate' itu akan dijadikan ciri yang paling penting.

"Sudah tentu saya akan mengadakan rundingan secara dalaman untuk menampilkan calon-calon muda. Pada akhirnya, kita bertanding sebab nak menang," katanya.