73 laporan polis, 15 kertas siasatan dibuka

Iklan
Sekitar suasana proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau di Balai Polis Rantau hari ini. - Foto Adam Amir Hamzah

SEREMBAN – Sebanyak 73 laporan polis dan 15 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Rantau bermula 30 Mac lalu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin berkata, siasatan dibuat mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya dan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan yang kebanyakannya berkaitan kempen.

Iklan
Iklan

"Namun tiada yang serius berlaku dan semuanya berjalan lancar setakat ini," katanya ketika ditemui di Balai Polis Rantau pagi tadi.

Beliau hadir memantau proses pengundian awal melibatkan 36 anggota polis di balai polis berkenaan yang bermula 8 pagi hingga 12 tengahari.

Iklan

Selain itu katanya, polis telah menerima 238 permohonan permit ceramah oleh calon dan parti bertanding.

Menurutnya, menjelang hari pengundian pada 13 April ini, seramai 1,100 anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan bagi memastikan semua berjalan lancar.

Iklan

"Anggota polis akan ditempatkan di pusat mengundi dan pusat penjumlahan undi.

"Saya juga nak nasihatkan pihak bertanding dan penyokong supaya mematuhi peraturan ditetapkan. Pengundi pula datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.