ROM - Seorang pemain muzik Itali berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya sambil meniup seksofon, di sebuah klinik di Rom pada Khamis, lapor agensi berita Itali (ANSA) pada Khamis.
Pembedahan di Paideia International Hospital itu diketuai pakar bedah otak, Christian Brogna, pakar dalam bidang pembedahan dalam keadaan sedar yang melakukan pembedahan serupa ke atas seorang pesakit yang bemain violin di London beberapa tahun lepas, menurut laporan itu.