Warisan lantik bendahari agung, ketua penerangan baharu

Iklan
Awang Ahmad, Mohd Azis

KOTA KINABALU - Parti Warisan mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari sebagai Bendahari Agung, manakala Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Penerangan parti berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Loretto Padua Jr dalam kenyataan malam Khamis berkata, sebelum ini Awang Ahmad merupakan Ketua Penerangan manakala Azis pula Ketua Wira Warisan.

Iklan
Iklan

"Azis memutuskan tidak bertanding pada pemilihan parti Ogos lepas bagi memberi ruang kepada muka baharu untuk menerajui Wira Warisan.

"Langkah itu diambil untuk meremajakan parti agar pelapis dalam kalangan orang muda dapat dilahirkan melalui Warisan," menurut kenyataan itu.

Iklan

Bendahari Agung Warisan sebelum ini Terrence Siambun menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu. - Bernama

Iklan