Gimnas negara sahut cabaran Piala Dunia AGG 2022

Iklan
Radha Krishna

SEBANYAK 500 atlet dari 20 negara akan mengambil bahagian pada Kejohanan Piala Dunia Kumpulan Gimnastik Estetik (AGG) 2022 di Stadium Malawati, Shah Alam, dari 26 hingga 30 Oktober ini.

Timbalan Presiden Persatuan Kumpulan Gimnastik Estetik Malaysia (MAGGA), Datuk Radha Krishna berkata, Malaysia, selaku tuan rumah, akan menghantar 200 atlet menyertai kejohanan tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, ia adalah satu penghormatan besar bagi Malaysia untuk menganjurkan acara berprestij ini di mana sebelum ini kebanyakannya diadakan di benua Eropah.

"Gimnastik estetik telah berkembang dengan sangat pesat di Amerika Syarikat, Eropah dan juga beberapa negara Asia dan MAGGA yang ditubuhkan enam tahun lalu telah menganjurkan beberapa kejohanan kebangsaan dan menghantar atletnya ke Kejohanan Dunia di luar negara pada 2018 dan 2019,” dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan