PRU musim banjir strategi kleptokrat kembali berkuasa: Tun M

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, UMNO terdesak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada musim tengkujuh adalah untuk memastikan peratusan pengundi yang keluar rendah membolehkan kleptokrat kembali memerintah.

Menurutnya, strategi itu sama seperti yang dibuat oleh UMNO/BN pada PRU 2018 yang memastikan hari pengundian pada hari Rabu.

Iklan
Iklan

"Malangnya strategi mereka itu gagal pada tahun 2018 apabila rakyat Malaysia bangkit bersama-sama dan memastikan peratusan pengundi yang keluar begitu tinggi.

"Ini telah memastikan pemerintahan kleptokrasi dijatuhkan.

Iklan

"Kali ini, dengan pilihan raya diadakan ketika musim tengkujuh atau monsun, mereka sekali lagi berharap peratusan keluar mengundi rendah dan dengan itu akan berjaya memastikan kleptokrat kembali memerintah,"katanya di Twitter pada Khamis.

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu yakin rakyat Malaysia tidak mahu kleptokrat kembali memerintah.

Iklan

"Rakyat akan dapat sekat kembalinya kleptokrat dengan keluar mengundi beramai-ramai," katanya.