SYDNEY - Sebuah kereta Honda berada di atas sebuah kereta Mercedes di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Hurstville, selatan Sydney pada Khamis.
Perkhidmatan kecemasan diminta datang ke pusat beli-belah itu selepas kejadian tersebut berlaku dan kemudian mendapati kereta mewah tersebut tersangkut di bawah sebuah kereta Honda Civic.
Iklan
Iklan
Difahamkan, pemandu kereta Honda tersebut melanggar pintu pagar menyebabkan kenderaan itu melambung ke atas kereta yang diletakkan.
Polis percaya pemandu Honda Civic itu melanggar pintu pagar yang menyebabkan kenderaan itu melambung di atas kereta Mercedes.
Dalam kejadian itu, anggota-anggota paramedik merawat seorang lelaki berusia 50-an sebelum dia dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan ringan. - Agensi