Mayat warga Nepal ditemui atas bumbung

Iklan
Seorang pekerja warga Nepal ditemui maut atas bumbung di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya pada Khamis.

IPOH - Seorang pekerja kilang warga Nepal ditemui maut dengan kesan kelar di tangan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya di sini pada Khamis.

Mangsa berusia 30-an itu ditemukan terbaring atas bumbung di gudang yang dijadikan sebagai asrama pekerja.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima sekitar jam 8 malam yang memaklumkan menjumpai lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke HRPB bagi bedah siasat.

"Siasatan di tempat kejadian menemui tompokan darah di atas katil dan lantai di bilik tidur, ruang tamu dan bilik rakan serumahnya.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati ada kesan kelar pada pergelangan tangan kiri dengan sebelah pisau turut dijumpai dalam jarak lebih tiga meter dari mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan pergelutan di lokasi kejadian.

Iklan

Tambahnya, tiada sebarang tangkapan dilakukan dalam kes itu.

"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi pekerja asing ditemukan maut di Ipoh.

"Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.