Reman suspek kes kematian Datin disambung

Iklan
Gambar hiasan

SEREMBAN - Reman suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang wanita bergelar Datin di Taman Paroi Jaya di sini pada 23 September lalu disambung tujuh hari lagi bermula Sabtu.

Majistret Mahkamah Seremban, Mohamad Firdaus Salleh membenarkan permohonan sambung reman ke atas suspek berusia 45 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut terus dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Reman terhadap suspek disambung bermula 15 hingga 21 Oktober ini.

Suspek ditahan kira-kira jam 1 petang di pondok tepi jalan, Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang, Port Dickson pada 8 Oktober.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas bergelar Datin berusia 75 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini pada 23 September lalu.

Kejadian pada jam 8.25 malam itu berlaku ketika Datin Noraida Nordin, 75, tinggal bersama suaminya yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar Datuk.

Iklan