Lima terbunuh, peluru berpandu bedil pangsapuri di Ukraine

Iklan
Gambar hiasan.

KYIV - Lima orang terbunuh pada Khamis apabila peluru berpandu membedil sebuah pangsapuri di selatan Ukraine, manakala sebuah pangkalan tentera turut diserang, lapor Agensi Anadolu.

Perkhidmatan Kecemasan Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa, serangan itu memusnahkan blok pangsapuri lima tingkat yang terletak di bandar Mykolaiv.

Iklan
Iklan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya diselamatkan dari runtuhan, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, Pentadbiran Tentera Wilayah Lviv mendakwa tentera Rusia melancarkan tiga peluru berpandu, satu daripadanya ditembak jatuh oleh unit pertahanan udara.

Iklan

Dua serangan dilaporkan berlaku di bandar Kharkiv, timur Ukraine pada waktu malam dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.

Dalam perkembangan lain, Tentera Udara Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah menembak jatuh jet pejuang Su-24M Rusia semasa menjalankan operasi di kawasan itu untuk menyokong tenteranya.

Iklan

Seorang daripada dua juruterbang di dalam pesawat itu dilaporkan meninggal dunia apabila pesawat itu terhempas di kawasan Poltava. - Bernama