KOTA BHARU - Polis Kelantan sedang mencari lapan lelaki paling dikehendaki bagi membantu siasatan atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk kes bunuh.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kelapan-lapan mereka termasuk sejumlah 860 orang yang dikehendaki polis bermula dari tahun 1967 hingga Mac tahun ini yang dicatatkan daripada perangkaan pihaknya.
"Kota Bharu adalah daerah yang menunjukkan jumlah individu dikehendaki paling tinggi iaitu 201 orang diikuti Tumpat seramai 137 orang atas pelbagai kesalahan, manakala selebihnya di daerah-daerah lain.
"Antara Januari hingga Mac tahun ini pula, kami membuat tangkapan seramai 45 individu dan masih meneruskan usaha menjejaki lebih ramai individu dikehendaki,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.
Sehubungan itu, polis memohon jasa orang awam untuk membantu mengesan mereka terutama lapan yang disenaraikan paling dikehendaki bagi membantu siasatan pelbagai kes termasuk bunuh.
"Polis tidak menolak kemungkinan suspek ini melarikan diri serta bersembunyi di negara jiran.
"Malah mungkin juga ada daripada mereka (daripada 860 individu dari tahun 1967) itu yang sudah meninggal dunia dan sebagainya,” katanya.