Ahli geng Sunda Piang dipenjara empat tahun, curi motosikal

Iklan
Tertuduh (dua kanan) ketika tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Pilah pada Jumaat.

KUALA PILAH - Seorang ahli geng Sunda Piang yang aktif mencuri motosikal di daerah ini dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Tertuduh Muhammad Deri, 30, warganegara Indonesia dijatuhi hukuman itu sebaik dia mengaku bersalah di atas enam pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Masjistret Saiful Sayoti.

Iklan
Iklan

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam buah motosikal jenis Honda dan Modenas Kriss di sekitar kawasan Kuala Pilah antara 20 Jun hingga 16 September tahun ini.

Perbuatan itu dilakukan antara jam 4.30 pagi hingga 10 pagi di enam lokasi berasingan di kediaman rumah penduduk setempat melibatkan Kampung Kepis Tengah, Johol; Kampung Malan, Dangi; Kampung Dingkir Inas, Johol; Kampung Simat, Johol ; Kampung Terusan Dalam, Kuala Pilah; dan Kampung Sikota,Air Mawang.

Iklan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya dijalankan serentak selain perlu menanggung ibu dan anaknya di Indonesia.

Dalam pada itu, tertuduh turut memohon maaf terhadap kesemua kesalahan yang dilakukannya itu.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur'Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan ia membabitkan kesalahan jenayah yang dilakukan serta ancaman kepada penduduk setempat.

Sebelum itu, tertuduh juga mengaku bersalah tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah dan dikenakan hukuman penjara tujuh bulan dan dua sebatan.

Sementara itu, di mahkamah sama, empat rakan tertuduh juga warganegara Indonesia iaitu Rasid, 27, Irpan Hakim, 27, Saepudin, 26, dan Jasman, 30, dikenakan hukuman penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah tinggal di negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial tamat tempoh.

Manakala seorang lagi, Sukardi,,dikenakan hukuman penjara tujuh bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.

Dia juga akan dirujuk Pengarah Imigresen selepas selesai hukuman berkenaan.