Lebuhraya DASH

Iklan
Aliran trafik kenderaan terkawal di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) selepas hari pertama pembukaannya setelah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

DASH sejauh 20.1 KM dari Puncak Perdana ke Penchala menuju ke ibu kota dilengkapi 37 kamera litar tertutup (CCTV), 18 telefon kecemasan, 30 sistem pengesanan kenderaan dan kemalangan (VIDS) dan 10 papan tanda mesej pelbagai (VMS) di sepanjang jajaran serta 2,441 lampu jalan diod pemancar

cahaya (LED). - Foto Bernama