Tular gambar lama banjir agenda semai kebencian: Asyraf Wajdi

Iklan
Tangkap layar hantaran Facebook Asyraf Wajdi pada Jumaat.

SHAH ALAM - Biarpun belum ditetapkan tarikh penamaan calon dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah ada pihak mula memainkan dan menyemaikan sentimen dengan niat tidak baik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ada pihak menyebar gambar banjir yang berlaku pada beberapa tahun lalu bagi menimbulkan kebencian rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, foto tersebut sebenarnya keadaan wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II yang digenangi banjir pada 2014.

"Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh sahaja mengisytiharkan darurat bencana jika musibah teruk melanda.

Iklan

"Sepatutnya lebih molek kita berdoa agar Allah lindungi rakyat semua daripada musibah banjir,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Jelas Asyraf Wajdi, kerajaan masih berfungsi untuk menangani musibah itu jika ia terjadi.

Iklan

"Lagipun yang berkempen bukannya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta kakitangan hospital tetapi jentera parti,” tegas beliau.