PRU15: Peluang UMNO bertanding di Parlimen Alor Setar tipis

Iklan
Mohd Yusof

ALOR SETAR - Peluang UMNO untuk bertanding di Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelihatan tipis.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, ini kerana kerusi Parlimen terbabit dikatakan adalah kerusi tradisi MCA.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun katanya, faktor yang perlu diberi perhatian oleh kepimpinan tertinggi ketika ini adalah kemenangan di Parlimen terbabit.

"Di Kedah ni MCA ada dua kerusi Parlimen, masalahnya walaupun dua kerusi sahaja tapi dari segi kerja sepanjang empat tahun mereka tidak buat kerja apa pun.

Iklan

"Sepatutnya lepas kalah kalau nak menuntut kerusi tradisi kena atur satu gerak kerja yang baik, susun jentera dari hari pertama kalah," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini pada Jumaat.

Mohd Yusof bergambar bersama kepimpinan UMNO bahagian Alor Setar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini pada Jumaat.

Menurutnya, UMNO juga yakin dapat meraih kemenangan sekiranya diberi mandat untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Iklan

"Ketika sekatan pergerakan dulu saya menerima 44,000 permohonan daripada penduduk Parlimen ini yang memohon bantuan kerana terputus bekalan makanan," jelas beliau.

Mohd Yusof berkata, sekiranya MCA ditakdirkan untuk kekal bertanding di kerusi terbabit mereka akan sukar untuk mendapat undi daripada pengundi Melayu.

"PH boleh menang dalam keadaan selesa, calon PH boleh tidur di rumah sahaja tak payah keluar kempen, kita sesama kita yang akan bunuh calon kita.

"Tapi kalau dengan UMNO ni mereka (PH) kena singsing lengan juga la kalau nak menang," ujarnya.

Dalam pada itu tambahnya, beliau juga akan menyerahkan jawatan Pengarah Pilihan Raya Parlimen Alor Setar kepada MCA sekiranya parti komponen terbabit kekal bertanding.

Pada PRU14 yang lalu Chan Ming Kai dari PKR menang dengan majoriti 32,475 undi menewaskan Aminur Shafiq daripada Pas yang memperoleh 17,275 undi dan Yoo Wei How dari BN (14,181 undi )