Ada kerumitan ekstradisi Jho Low: Wan Junaidi

Iklan
Jho Low

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.

Wan Junaidi berkata, kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana beliau percaya Kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi.

Iklan
Iklan

"Kalau kita mohon pun, kalau China kata ini permohonan biasa diplomatik sahaja, dia boleh tidak mengendahkannya. Jadi, dalam keadaan sedemikian ini, ia mungkin menghalang pihak-pihak berkuasa kita seperti polis, Kementerian Dalam Negeri bertindak dalam soal sini," katanya.

Wan Junaidi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Universiti Malaya-National University of Singapore Hybrid: Pindaan Perlembagaan dan Struktur Asas di Malaysia, di sini pada Jumaat.

Iklan

Ketika ditanya"Adakah mustahil untuk membawa pulang Jho Low?”, Wan Junaidi berkata:"Saya tidak kata mustahil tetapi ia bukannya mudah.”

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Iklan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil. -Bernama