Wanita bukan sekadar pencukup ruang dalam pilihan raya

Iklan
Ismail (kiri) dan Rahayu hadir ke Wacana Sinar ke-369 yang membicarakan tajuk Calon Wanita Sekadar Isi Kuota manakala Ros Suryati secara dalam talian yang berlangsung di Studio Sinar Harian di Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM - Penglibatan wanita sebagai calon pilihan raya tidak boleh dianggap hanya sebagai pencukup ruang.

Pengasas Bersama Parti Muda, Rahayu Baharin berkata, ini berlaku kerana wanita dipandang hanya sebagai jentera parti selama-lamanya.

Iklan
Iklan

"Ini sentimen yang berlaku sebab kita tak pernah wajibkan 30 peratus pembabitan wanita sebagai calon pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian siri 369 ‘Calon Wanita Sekadar Isi Kuota’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Turut menjadi panelis, Exco Wanita UMNO, Datin Ros Suryati Alang manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

"Ini yang berlaku apabila pendidikan hanya membudayakan lelaki menjadi ketua dan pemimpin yang akhirnya menidakkan kebolehan wanita dalam politik.

Iklan

"Kita sudah biasa kalau yang jadi ketua (imam) adalah lelaki meskipun wanita boleh menjadi tunggak terbaik dalam menyelesaikan krisis pengurusan,” katanya.

Jelasnya, dalam Muda sendiri sudah terbukti wanita boleh menjadi calon dan memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor baru-baru ini.

"Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa sekali gus menepis dakwaan wanita dianggap sebagai pemimpin kelas kedua,” ujarnya.

Katanya lagi, kepimpinan Amira terserlah ketika beliau merancang untuk menubuhkan Parti Muda.

"Pertama ialah dia mahu memperjuangkan pendidikan anak-anak dan ini adalah wadah perjuangan seorang wanita selain mementingkan ketelusan dan integriti," kata beliau.