Maqis rampas 4.5 tan daging kerbau sejuk beku dari India

Iklan
Produk ruminan daging kerbau sejuk beku dari India yang dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang pada Khamis.

PASIR GUDANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 4.5 tan daging kerbau sejuk beku dari India kerana maklumat pada sijil kesihatan dan sijil halal yang mengelirukan.

Pengarahnya, Edie Putra Md Yusof berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan penguat kuasa Maqis produk ruminan tersebut di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati kontena berkenaan membawa 188 kotak produk ruminan iaitu daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM41,000.

"Pemeriksaan lanjut mendapati maklumat pada dagangan terbabit mengelirukan iaitu tarikh sembelih yang diisytiharkan berbeza seperti dalam sijil halal yang disertakan bersama," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Produk ruminan daging kerbau sejuk beku dari India yang dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, penggunaan maklumat pada sijil halal dan sijil kesihatan yang tidak tepat serta mengelirukan akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali.

Iklan

"Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.