Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan kekal tidak bubar DUN

Iklan
Anwar (tengah) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada Sabtu.

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fokus tiga kerajaan negeri itu kini lebih tertumpu ke arah masalah mendesak berkait banjir.

Iklan
Iklan

"Oleh demikian saya dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mempunyai pendirian sama pada peringkat awal, DAP mengambil masa menjelaskan pendirian mereka.

"Tapi akhirnya Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) memutuskan bahawa kita PH dan tiga negeri PH akan bersama membuat keputusan menangguhkan pilihan raya negeri supaya tumpuan dibuat menangani permasalahan banjir," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya pada Sabtu.

Hadir sama, Anthony dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Iklan

Tambah Anwar, PH menggesa jentera kerajaan memberi tumpuan kepada persiapan menangani banjir dan bukannya pilihan raya.

"PH adalah satu badan yang utuh dan kita berikan ruang perbincangan cukup terbuka, apa alasan kita buat keputusan bersama.

"Pertama kita menolak kerakusan pemerintah memaksa pilihan raya dalam keadaan rakyat derita susah menghadapi banjir.

"Kedua, kita mahu jentera kerajaan yang sah dan punyai mandat menumpukan bukan pada pilihan raya atau kedudukan mereka tetapi sepenuhnya tumpu persiapan dan penyelesaian mengurangkan beban kesukaran hidup mangsa-mangsa banjir," ujarnya.