Harap rakyat jelata faham: Kon Yeow

Iklan
Kon Yeow

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap rakyat di negeri ini faham dan menerima keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang memutuskan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, walaupun ada pihak yang kecewa dengan keputusan berkenaan kerana terpaksa menghadapi Pilihan Raya Umun ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti namun ketetapan untuk tidak membubarkan DUN di semua negeri PH telah dibuat lebih awal sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Kita berharap rakyat jelata faham tentang pada asalnya keputusan sudah dibuat namun ini satu proses rayuan.

"Tetapi apabila kata proses rayuan mesti ada keputusannya dan keputusan adalah tidak dan kita terimalah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan kepada Pusat Jagaan Suria di sini, pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, Pulau Pinang kini akan memberi fokus terhadap 13 kerusi Parlimen pada PRU15 dalam memastikan PH dapat memenangi sebanyak mungkin kerusi di negeri ini.

"Apa yang sudah diputuskan (tiada pembubaran DUN) kita biar begitu sebab sudah diputuskan. Jadi kita tumpukan semangat demi mencapai kemenangan sebab kita tak mahu UMNO atau Barisan Nasional bangkit semula dengan kemenangan yang mudah,” katanya.

Iklan

Pada Sabtu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketiga-tiga negeri di bawah pentadbiran gabungan tersebut.

Anwar berkata, ketetapan itu dibuat bagi menolak kerakusan pemimpin politik yang mahu kuasa tanpa memikirkan keselamatan rakyat.