Jangan pandang negatif warga Puspen: Hamzah

Iklan
Hamzah beramah mesra bersama para pelatih Puspen pada Program Retreat Media dan Sahabat KDN anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Puspen Batu Kurau, pada Sabtu. - Gambar Bernama

LARUT - Warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) tidak harus dipandang negatif kerana terbukti ramai daripada mereka berjaya dipulihkan dan membina kehidupan baharu yang lebih baik selepas dibebaskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebahagian daripada mereka ini ada yang berjaya menjadi usahawan, ahli perniagaan malah mencapai tahap tinggi dalam pendidikan.

Iklan
Iklan

"Ini semua adalah sesuatu yang kita tekankan kepada klien kita supaya mereka sabar dan bersemangat. Ada ramai yang berjaya, sampai buka pasar raya sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Retreat Media Bersama Klien dan Sahabat Kementerian Dalam Negeri di Puspen Batu Kurau di sini, pada Sabtu.

Iklan

Hamzah juga menasihatkan masyarakat supaya memberi peluang kepada warga Puspen yang telah keluar dari pusat itu memperbaiki diri sekali gus mengelakkan mereka daripada kembali terjerumus dengan masalah penyalahgunaan dadah.

"Tempoh berada di sini yang kita berikan hanya dua tahun kerana selepas itu sepatutnya mereka sudah boleh keluar dan bebas, tetapi pada waktu yang sama selepas setahun kita tengok kalau mereka dirasakan boleh keluar awal, kita akan benarkan," katanya. - Bernama

Iklan