UMNO Alor Gajah sokong Ismail Sabri calon PM

Iklan
Rospandi (enam dari kiri) dan Ab Rauf (tujuh dari kiri) ketika Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Alor Gajah di Machap Baru, di Melaka, pada petang Sabtu.

ALOR GAJAH - UMNO Bahagian Alor Gajah menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menamakan bekas Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman berkata, usul yang dibawa dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah itu telah dipersetujui seramai 640 perwakilan yang hadir.

Iklan
Iklan

"UMNO bahagian ini juga menyokong siapa sahaja calon yang diputuskan oleh pucuk kepemimpinan BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah yang disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di Machap Baru di sini, pada Sabtu.

Iklan

Beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Alor Gajah berkata, momentum jentera parlimen itu kini dalam keadaan bersiap siaga untuk berdepan PRU15 sekali gus meletakkan sasaran untuk merampas kembali kerusi itu.

"Kerjasama kuat seluruh jentera BN kita yakin dapat merampas kembali kerusi Parlimen Alor Gajah," katanya lagi.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' BN pada PRU15. Ends#