BUKIT GANTANG - Bekalan ikan di beberapa jeti utama di Kedah dan Perak mengalami kekurangan sehingga 50 peratus berikutan cuaca tidak menentu sejak dua minggu lepas.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pada waktu biasa, daripada 200 kapal yang ke laut, 20 hingga 30 kapal akan mendaratkan ikan.