Letupan lombong di Turkiye, kematian meningkat kepada 40

Iklan
Angka kematian letupan lombong di Utara Turkiye meningkat kepada 40 orang. - EPA

ANKARA - Angka kematian dalam kejadian letupan lombong arang batu bawah tanah di wilayah Bartin di utara Türkiye yang memerangkap 110 pekerja, meningkat kepada 40 orang, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Suleyman mengesahkan 110 pekerja berada di lombong itu semasa letupan berlaku kira-kira 300 meter di bawah tanah pada petang Jumaat di bandar Amasra.

Iklan
Iklan

Daripada jumlah itu, 58 berjaya menyelamatkan diri, 11 cedera dan dimasukkan ke hospital manakala nasib seorang lagi pelombong belum dapat dipastikan, katanya kepada pemberita.

Siasatan awal mendapati letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh lembapan api, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Fatih Donmez.

Iklan

Kebakaran sebahagian besarnya sudah berjaya dikawal namun, usaha mencari dan menyelamat masih berjalan, katanya.

Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Iklan

Pada 2014, seramai 301 orang terbunuh di Turkiye dalam bencara kebakaran lombong arang batu terburuk, di bandar Soma di barat wilayah Manisa. - Bernama