Perak selangkah lakar hatrik Piala Tun Abdul Razak

Iklan
Pemain Perak, Siaful Sharil Saiful Bahari meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Melaka pada perlawanan separuh akhir Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam Sabtu. - Foto Bernama

PERAK hanya selangkah lagi memburu kejuaraan hatrik pada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2022 selepas menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.

Pada saingan separuh akhir, anak buah S. Jagatheesan membuka tirai jaringan menerusi pukulan penalti Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan pada minit keenam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Melaka menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Muhammad Nur Asyraf Ishak pada minit ke-32.

Saiful Sharil Saiful Bahri menoktahkan kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada suku terakhir perlawanan.

Iklan

Juara bertahan edisi lepas itu pernah merangkul kejuaraan sebanyak 11 kali iaitu pada edisi 1966, 1973, 1985, 1987, 1992, 2013, 2014, 2017, 2018 dan 2020.

Perak bakal membuat perhitungan juara dengan Pahang yang mengecewakan Johor 2-1.

Iklan

Sementara itu, skuad hoki wanita Melaka bakal membuat perhitungan dengan Selangor pada aksi final. Terdahulu, Melaka menewaskan Pulau Pinang 4-1 manakala Selangor menundukkan Pahang 2-1. - Bernama