LOS ANGELES - Bilionair paling kaya di dunia, Elon Musk kini berada di bawah siasatan pihak persekutuan Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan perjanjian pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion (RM206.89 bilion).
Ia didedahkan oleh syarikat media sosial itu dalam pemfailan di sebuah mahkamah yang telah didedahkan kepada umum baru-baru ini.