PEMBUBARAN Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyebabkan kesemua parti kini mula bersiap sedia dari segi strategi, pembahagian kerusi dan calon untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tidak terkecuali Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkan bersetuju membentuk kerjasama politik dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).