KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Wetrom Bahanda keluar daripada Bersatu.
Menurutnya, perkara itu sudah dijangkakan kerana Wetron mahu menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kota Marudu.
"Betul dan seperti yang dijangkakan.
Sejak Sabtu tular di media sosial, Wetrom yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri didakwa keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Warisan (Warisan).
Sementara itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanya pemberita berkata, Wetrom setakat ini belum bertemu dengannya.
"Kita tunggu waktunya, bila sampai waktunya, dia pun belum jumpa dengan saya.
"Itu di Facebook (tular), sebab itu saya sebut jangan percaya apa yang kamu dengar.
"Bila sampai waktunya barulah kita yakin, saya belum bertemu lagi banyak kemungkinannya," katanya.