Lelaki maut kereta dipandu terbabas

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa dalam nahas di Jalan Tangkak-Segamat dekat Kampung Baru pada malam Sabtu. - Foto Bomba Johor

SEGAMAT - Seorang lelaki maut, manakala dua lagi termasuk kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Tangkak-Segamat dekat Kampung Baru di sini pada malam Sabtu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Izwan Muhamad berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 kira-kira jam 11.18 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebuah jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak dengan dibantu BBP Segamat bersama 15 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya ke lokasi didapati mangsa yang merupakan pemandu kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

"Mangsa yang maut dikenali sebagai S Saranraj, 22, manakala K Logeswari, 40 dan S Sarvin Raj, 12, cedera,” katanya.

Izwan berkata, mayat mangsa kemudiaanya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.

Iklan

"Operasi ditamatkan sekitar jam 12.23 tengah malam," katanya