PRU15: BN akan tampil 70 peratus muka baharu

Iklan
Ahmad Zahid ketika berucap ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk pada Ahad.

BAGAN DATUK - BN akan menampilkan 70 peratus muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon yang bakal diketengahkan juga berkaliber, berkelulusan akademik, berakhlak baik dan mempunyai komitmen tinggi untuk membantu rakyat.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, BN juga akan memenuhi permintaan agar 30 peratus calon terdiri daripada golongan wanita mengikut kategori yang dicadangkan.

"Ini bukan bererti pemuda tidak ada peluang. Kita harap pemuda juga diberi peluang calon muka baharu pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, selain itu beberapa muka lama juga akan dikekalkan sebagai calon BN pada PRU15.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pada PRU15, buat pertama kalinya calon dari Friends of BN akan ditampilkan mewakili parti itu.

Iklan

"Kita akan tanding di 191 kerusi Parlimen termasuk calon dari UMNO dan calon komponen BN serta kita tidak pernah melupakan calon daripada Friends of BN. Ini pertama kali kita bagi peluang kepada Friends

"Yang penting bukan siapa (calon dipilih bertanding). Apabila calon itu wakil BN, calon itu akan diundi rakyat," katanya yang juga Presiden UMNO.