UMNO Bahagian Tampin usul Ismail Sabri calon PM ke-10

Iklan
Perwakilan UMNO Bahagian Tampin bermesyuarat pada petang Sabtu.

TAMPIN - UMNO Bahagian Tampin mengusulkan supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat semula sebagai Perdana Menteri yang ke-10 jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata, perkara itu antara tiga usul yang dikemukakan pihaknya, selain isu calon dan kerusi yang dikekalkan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Kami menyokong penuh keputusan 'Top 5' dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh pilihan raya umum (PRU) yang sebenar serta melantik Ismail Sabri sebagai 'poster boy'.

"Sehubungan itu, UMNO Bahagian Tampin mencadangkan agar Ismail Sabri diangkat semula sebagai Perdana Menteri yang ke-10 sekiranya UMNO kembali berkuasa selepas PRU15 nanti," katanya menerusi kenyataan usul pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tampin yang bersidang petang Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Isam berkata, ini berdasarkan keupayaan Ismail Sabri yang dianggap berjaya menstabilkan semula suasana politik negara walaupun menerajui sebuah kerajaan campuran.

"Penampilan diri yang 'low profile' serta sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat adalah ciri ciri kepimpinan yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia ketika ini," katanya.

Beliau berkata, semua jentera parti diminta mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi 'perang' PRu15.

Iklan

"Semboyan peperangan telah pun dipalu. Ayuh semua kita menyusun langkah memperkemaskan jentera parti, rangka semula strategi ampuh, persiapkan diri dari segi mental dan fizikal, keharmonian dan solidariti bersama amat diperlukan.

"Ketepikan sementara perbezaan pendapat, bulatkan tekad kukuhkan iltizam untuk kita rampas semula Parlimen Tampin. Terajui semula kepimpinan di Negeri Sembilan dan terus berkuasa dipersada negara," katanya.

Beliau turut menegaskan, sejarah telah membuktikan bahawa BN isahaja yang mampu meletakkan maruah dan kedudukan bangsa ini di tempat yang selayaknya.