'Kerjasama UMNO, Pas di Pulau Pinang demi penyatuan ummah'

Iklan
Musa ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di Perai pada Ahad.

BUTTERWORTH - Hubungan erat antara UMNO dan Pas di Pulau Pinang bukan disebabkan parti itu lemah atau takut menghadapi pilihan raya, sebaliknya ia terus dipertahan atas kepentingan ummah serta jalinan kerjasama yang baik sebelum ini.

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, faktor itu antara sebab mengapa UMNO Pulau Pinang tidak mahu 'berkelahi' dengan Pas pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) atau bertanding sesama sendiri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hubungan UMNO dan Pas di Pulau Pinang agak istimewa, malah pimpinan kedua-dua parti itu juga akrab serta saling menyokong setiap kali program diadakan.

"Dahulu hampir 60 tahun kita tidak berkawan dengan Pas, tetapi sekarang kita dah baik, ini pertama kali kita cuba nak elak bertembung di antara Pas dan UMNO... Tapi kalau Pas tak mahu kita tak boleh buat apa.

Iklan

"Kita perjuangkan ini bukan kerana UMNO lemah atau tiada kekuatan, jangan kata UMNO takut atau gentar... kalau terpaksa lawan kita akan lawan," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini pada Ahad.

Musa yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Facebooknya pada Sabtu.

Iklan

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas dilihat seolah-olah mempertikaikan tindakan UMNO Pulau Pinang yang masih mengharapkan pucuk pimpinan parti dan Pas membincangkan kembali kerjasama.

"Lama betoi hangpa main cinggeyy langut ataihhh semua... Sebelum ni tak pernah bersora pun bab ni... bila orang dah buat keputusan baru nak susun boria nak suruh berpakat. Muzik dah habih baru nak masyuuukkk rangkap satu... aaapaaaa raaaa!!" tulis Sanusi.

Dalam pada itu, Musa memberi peringatan kepada Sanusi agar tidak sibuk mengenai hubungan UMNO dan Pas di Pulau Pinang sekiranya beliau tidak tahu senario yang berlaku di sini.

"Kalau tak cerita tak payah la bercakap, jaga Kedah sahaja... Dia bukan tahu apa yang jadi dekat Pulau Pinang jadi tak perlu kalut hal kami.

"Kalau berani sangat saya cabar Sanusi agar bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan buat serentak dengan PRU15," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan UMNO Pulau Pinang masih mengharapkan kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRU15.

Musa sebelum ini berkata, walaupun pucuk pimpinan kedua-dua parti memilih untuk membawa haluan sendiri, namun di peringkat negeri, UMNO Pulau Pinang masih mengharapkan ada solusi terbaik untuk mengembalikan kerjasama MN.