Jenazah Nurul Nazihah selamat dikebumikan

Iklan
Kamalul Arifin Ahmad (duduk depan tiga, kiri) , 66, bersama ahli keluarga terdekat mendengar bacaan talkin di pusara anaknya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan. - Foto Bernama

KOTA TINGGI - Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak pada malam Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama di sini pada Ahad.

Jenazah dikebumikan kira-kira jam 3.40 petang dengan keluarga, saudara mara dan rakan berada di kawasan perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir.

Iklan
Iklan

Suasana sayu dan hiba menyelubungi apabila kelihatan van yang membawa jenazah memasuki kawasan perkuburan.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Batu Empat Kota Tinggi sebelum dibawa ke kediaman ibu bapanya Kampung Lukut di sini.

Iklan

Dalam kemalangan itu, dua individu dilaporkan rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak pada 7.47 malam Sabtu.

Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira manakala seorang lagi adalah mangsa dalam Toyota Vios nanyn belum dikenal pasti identitinya.

Iklan