Masa terhad antara cabaran juara Doodle Battle

Iklan
10 pemenang saguhati Doodle Battle Rasuah Busters dalam Anifest Malaysia 2022 pada Ahad.

PETALING JAYA - Faktor masa terhad antara cabaran yang perlu dihadapi oleh juara Doodle Battle Rasuah Busters dalam menghasilkan kreativiti seni untuk program Anifest Malaysia 2022.

Pelukis bebas, Md Rosman Ahmad, 52, berkata, masa yang sepatutnya diberikan adalah dalam empat atau lima jam supaya peserta dapat menghasilkan hasil kreativiti yang menarik.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, cabarannya adalah dari segi masa sahaja sebab masa yang diberikan itu sedikit, memang tak cukup.

"Kalau masa yang selesa, katalah dari pagi sampai petang iaitu dalam empat ke lima jam, baru kita dapat hasilkan karya yang betul-betul puas hati.

Iklan

"Tetapi bila kita rushing (tergesa-gesa) dengan masa terhad iaitu dua jam, jadi mungkin ada yang siap karya ini dalam 80 ke 90 peratus sahaja dari yang kita rancang,” katanya.

Md Rosman (tengah) bersama Wan Azliana (kiri) dan Hamdan Daniel dalam Anifest Malaysia 2022 pada Ahad.

Md Rosman yang berasal daripada Batu Pahat, Johor itu berkata, tidak mudah untuk seseorang itu menghasilkan sesuatu karya seni yang mengetengahkan mesej seperti Rasuah Busters.

Iklan

"Bila ada sesuatu tema, mereka akan kaji dan belajar. Jadi cara penyampaian itu yang menentukan tahap kreativiti seseorang.

"Doodle ini adalah satu seni baharu. Kalau dengan kata mudah saya boleh terjemahkan, bahasa mudahnya adalah seni contengan.

"Tetapi oleh kerana contengan itu perlu buat supaya ia nampak cantik, ada seni, kemas dan sebagainya, ia kena ada susunan serta gaya-gaya tertentu untuk diterapkan,” ujarnya.

Pemenang utama turut membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM500, hamper dan dua cenderahati.

Selain itu, 10 pemenang sagu hati turut menerima wang tunai sebanyak RM150 dan cenderahati.

Turut hadir adalah Pengerusi Rasuah Busters Selangor dan Wilayah Persekutuan, Wan Azliana Wan Adnan dan Exco Persatuan Tadika Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Hamdan Daniel M Sharib.