PRU15: Tiada yang mustahil, apa sahaja boleh berlaku

Iklan
Nassaruddin (tengah) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang di Royal Mustika Ballroom Klang di sini pada Ahad.

PELABUHAN KLANG - Kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah terbuka kepada semua parti yang bertanding malah tiada yang mustahil dalam politik kerana apa sahaja boleh berlaku.

Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nassaruddin M.Zin berkata, untuk itu jentera parti perlu berusaha sebaik mungkin dengan merangka pelbagai strategi dalam usaha mencapai kemenangan.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan, pihaknya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlabuhan Klang sudah membuat persiapan awal dan mampu untuk menterjemahkan undi maksimum orang Melayu di kawasan itu.

"Kalau mengikut (perkembangan) sekarang, hanya bertanding di Parlimen sahaja jadi di DUN kita akan bekerja diibaratkan seperti kita juga akan bertanding walaupun konsentrasi hanya di Parlimen.

Iklan

"Kita akan memastikan DUN Pelabuhan Klang boleh memberi undi yang signifikan kepada Parlimen," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang di Royal Mustika Ballroom Klang di sini pada Ahad.

Beliau berkata, keyakinan itu bukan sahaja berdasarkan gerak kerja tetapi dari segi naluri dan perasaan rakyat yang ditemui dalam siri program yang dilaksanakan di kawasan berkenaan sebelum ini.

Iklan

"Setakat ini mereka merasa serik dengan sejarah 22 bulan di mana pihak DAP khususnya memerintah lebih bersifat balas dendam daripada membela rakyat atau membaiki kelemahan kelemahan yang dinyatakan dilakukan oleh kerajaan BN ketika itu.

"Begitu juga kerajaan Perikatan Nasional tidak menyakinkan dan kita semua tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mempunyai jentera dan mereka mengharapkan Pas untuk membantu mereka dalam gerak kerja (PRU15).

"Di Klang khususnya, parti Bersatu tidak sanifikan juga tidak menonjol dalam usaha untuk mendapat sokongan rakyat," katanya.