Ritual melampau: Kemudahan tapak khemah ditarik balik

Iklan
Mohd Zahiruddin (kiri) bersama sukarelawan lain menjadikan tapak perkhemahan Gua Tempurung sebagai lokasi beristirehat sepanjang misi pencarian Mohammad Ashraf.

GOPENG - Ritual melampau yang dilakukan pengamal perubatan di sekitar Gua Tempurung menyebabkan kemudahan tapak perkhemahan yang diberikan kepada sukarelawan dalam misi mencari Mohamad Ashraf Hassan, 29, ditarik balik.

Perkara itu diakui sendiri abang mangsa, Mohd Zahiruddin Hassan, 35, menerusi status terbarunya di Facebook.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ada segelintir pengamal perubatan yang menggunakan ritual pelik berupa penyembahan dan pemujaan di kawasan itu.

"Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, pihak pengurusan telah menghentikan bantuan (kemudahan) itu kepada kami," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN Kehilangan Ashraf: Ritual pelik undang kegusaran penduduk

Menurutnya, kemudahan tapak itu adalah satu-satunya lokasi untuk mereka berkongsi maklumat, beristirehat dan bersolat selepas selesai menjalani satu-satu operasi.

Iklan

"Tindakan mereka itu telah memberi kesan buruk kepada unit sukarelawan mencari dan menyelamat (SAR) yang datang dari segenap pelusuk tanah air termasuk Sabah dan Sarawak untuk sama-sama dalam misi pencarian," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, usaha pencarian kehilangan yang masuk hari ke 18, hari ini masih diteruskan dengan bantuan penduduk kampung dan pihak berkuasa.

Katanya, ahli keluarga lain, termasuk ibunya sudah pun pulang ke Johor kerana perlu menjalani rawatan kesihatan.

"Saya ada kawan baik termasuk orang luar yang masih membantu menghulurkan bantuan dalam misi pencarian Acap.

"Bagaimanapun, tiada petunjuk baru diperolehi setakat ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 'Kehilangan Ashraf tiada unsur khianat'

ARTIKEL BERKAITAN Naluri keluarga merasakan Acap masih selamat