Apa yang berlaku ketika Langkah 16 September 2008

Iklan
Dari kiri: Dr Mahathir, Abdullah, Anwar, Muhyiddin, Abdul Hadi

Tidak ramai yang mengetahui kenapa langkah itu dibuat dan siapa yang memulakannya.

SEANDAINYA masa boleh diputar ke belakang dan Langkah 16 September tahun 2008 berjaya direalisasikan, barangkali Tan Sri Muhyiddin Yasin sudah menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu daripada Najib Razak.

Tentu sekali Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dihukum penjara.

Iklan
Iklan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun tidak akan berdepan kemungkinan masuk penjara.

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Littoral Combat Ship (LCS) dan Ultra Kinrara Sdn Bhd tidak akan menghantui negara.

Iklan

Pastinya juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan muncul semula bermain silap mata menghancurkan mandat rakyat dan harapan negara.

Lebih penting daripada itu semua, negara tidak dibebani hutang berlipat ganda, reformasi segera terlaksana dan rakyat pasti hidup lebih selesa.

Iklan

Barangkali ramai yang masih ingat Langkah 16 September 2008 yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada Mac 2008.

Namun tidak ramai yang mengetahui kenapa langkah itu dibuat dan siapa yang memulakannya.

* Baca perkongsian penuh bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, A Nazri Abdullah di Sinar Premium