LTdL: Penganjur ubah laluan peringkat ketujuh di Langkawi

Iklan
Pelumba Uno-X Pro Cycling Team Erlend Blikra muncul juara saingan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 sejauh 120.4 kilometer (km) dari Georgetown, Pulau Pinang ke Alor Setar pada Ahad. - Foto Bernama

PERLUMBAAN peringkat ketujuh saingan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) membabitkan laluan dari Pekan Kuah ke puncak Gunung Raya esok mengalami perubahan berikutan cuaca buruk dan banjir serta tanah runtuh yang melanda pulau peranginan ini.

Menerusi kenyataan pihak penganjur Human Voyage, Presiden Komisar pertandingan Wayne Pomario bersetuju supaya laluan sejauh 90.8 kilometer (km) itu digantikan dengan laluan peringkat lapan membabitkan Loop Langkawi.

Iklan
Iklan

"Susulan mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Langkawi dan Jawatankuasa Keselamatan Trafik Daerah Langkawi memutuskan penamat Peringkat 7 di puncak Gunung Raya dibatalkan kerana kebimbangan keselamatan penunggang, pasukan, dan orang ramai.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada Ahad mengesahkan antara kawasan dilanda banjir termasuk Kampung Teluk Yu, Kampung Kilim dan Kampung Telaga Ayer Hangat di Ayer Hangat; Kampung Belanga Pecah di Kuah; Bukit Kemboja dan Sungai Melaka di Padang Matsirat dan Empangan Padang Saga di Ulu Melaka.

Iklan

Laluan asal peringkat ketujuh menampilkan tiga zon pecut di Pelabuhan Telaga, Teluk Yu dan Kuah sebelum menuju ke Zon Pendakian Kategori 3 di Lebuh Langkawi dan Zon Pendakian Kategori 1 ke puncak Gunung Raya. - Bernama

Iklan