PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pasukan e-sukan Team Haq yang menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 dengan mengalahkan juara bertahan Todak,4-2, pada Ahad.
Perdana Menteri berkata, kejayaan seperti itu adalah bukti negara mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.