Mayat tepi jalan, polis tunggu laporan bedah siasat

Iklan
Mayat seorang lelaki tidak dikenali yang ditemui di tepi jalan di Senai di sini pada Ahad.

KULAI – Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung penemuan mayat seorang lelaki tidak dikenali di tepi jalan di Senai di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai telah meninggal dunia hampir tujuh hari lalu.

Iklan
Iklan

"Sejurus menerima makluman mengenai penemuan mayat berkenaan sekitar jam 2.30 petang pada Ahad, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah, mayat lelaki berkenaan mula mereput dan sukar untuk mengenal pasti sebarang kesan padanya,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Ahad.

Iklan

Ujar beliau, mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi tujuan bedah siasat.

"Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital,” katanya.

Iklan