Covid-19: 1,712 kes baharu, dua kematian

Iklan
KKM merekodkan sebanyak 1,712 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import. (Gambar hiasan) - Foto 123rf

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,712 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,828,903.

Iklan
Iklan

Berdasarkan data KKM di portal CovidNow, dua kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Terdapat 36 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan
Iklan