Yayasan Gates labur RM5.66 bilion banteras polio

Iklan
Bill Gates - Foto AFP

BERLIN - Yayasan Bill dan Melinda Gates pada Ahad berjanji melabur sebanyak AS$1.2 bilion (RM5.66 bilion) untuk menghapuskan penyakit berjangkit polio.

"Pembasmian polio boleh dicapai. Namun, penyakit itu kekal sebagai ancaman," kata Bill Gates yang merupakan pengerusi bersama yayasan itu dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.

Iklan
Iklan

Jumlah itu akan didermakan kepada Inisiatif Pembasmian Polio Global (GPEI) yang merupakan perkongsian awam-swasta dengan tujuannya untuk menamatkan penyakit itu menjelang tahun 2026.

Polio adalah penyakit yang sangat berjangkit yang disebabkan oleh virus yang memasuki sistem saraf pusat dan merosakkan sel-sel dalam saraf tunjang dan otak.

Iklan

Penyakit itu boleh membawa maut dan mereka yang terselamat pada kebiasaanya akan menjadi lumpuh.

Polio paling kerap menyerang kanak-kanak di bawah umur lima tahun tetapi boleh menyerang sesiapa sahaja yang tidak mendapat vaksin.

Iklan

Sejak dilancarkan pada tahun 1988, GPEI telah membantu mengurangkan kes polio sebanyak lebih 99 peratus di seluruh dunia dan menghalang lebih 20 juta kes lumpuh, kata yayasan itu dalam satu kenyataan. - Agensi