Thailand catat 11 kes jangkitan cacar monyet

Iklan
Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang pulang dari Qatar disahkan positif kes cacar monyet, kes ke-11 yang dilaporkan di Thailand. - Foto 123RF

BANGKOK - Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang pulang dari Qatar disahkan positif kes cacar monyet, kes ke-11 yang dilaporkan di Thailand.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC), Tares Krassanairawiwong berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai tukang urut di Qatar menunjukkan simptom termasuk demam dan ruam pada 8 Oktober sebelum pulang ke Thailand.

Iklan
Iklan

Setiba di Bangkok pada 15 Oktober, lelaki itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Pathum Thani dan doktor mengesyaki dia dijangkiti cacar monyet.

"Pesakit dipindahkan ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura untuk rawatan. Ujian makmal mengesahkan dia positif cacar monyet,” katanya.

Iklan

Tares berkata, DDC telah meningkatkan pengesanan kontak rapat bagi membendung penularan jangkitan.

Thailand melaporkan kes cacar monyet pertama membabitkan warna Nigeria berusia 27 tahun di Phuket pada 18 Julai.

Iklan

Lelaki itu bagaimanapun melarikan diri selepas dimaklumkan keputusan ujiannya positif tetapi kemudiannya ditemui di Phnom Penh, Kemboja dan dirawat di hospital di sana.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah DDC, Dr Ophon Lamsirithavorn berkata, 10 orang yang disahkan kes cacar monyet di negara itu pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, seramai 59 orang yang dikenal pasti sebagai kontak rapat juga bebas daripada penyakit itu selepas menjalani pemantauan selama 21 hari. - Bernama