KUALA LUMPUR - Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina yang bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan, China dijangka akan meningkat ke tahap taufan malam ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keadaan itu akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan dan mengingatkan orang ramai untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.