Benzema menang Ballon d'Or

Iklan
Benzema memenangi anugerah Ballon d'Or.

PEMAIN Perancis, Karim Benzema memenangi anugerah Ballon d'Or, sekali gus menjadi pemain kedua di luar bayangan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang dianugerahkan hadiah itu dalam tempoh 15 tahun lalu.

Benzema memenangi trofi itu selepas membawa gergasi Sepanyol, Real Madrid menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara musim lalu, selain menjaringkan 44 gol dalam 46 penampilan untuk kelab kendalian Carlo Ancelotti itu.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 34 tahun itu juga merupakan pemenang Ballon d'Or tertua sejak Stanley Matthews memenangi anugerah sulung pada 1956, serta pemenang hadiah Perancis pertama sejak Zinedine Zidane pada 1998.

Zidane, yang menguruskan Benzema semasa bersama mengendalikan Real Madrid, berada di Paris untuk menghadiahkan penyerang itu dengan anugerah tersebut.

Iklan
Iklan

"Hadiah di hadapan saya ini membuatkan saya bangga dengan kerja yang saya lakukan sejak kecil ini...," ujar Benzema.