Tak sempat seludup 1,608 vape ke negara jiran

Iklan
Sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax berwarna hitam yang membawa vape turut dirampas.

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1,608 vape bernilai RM192,960 di pangkalan haram Tebu, pada Isnin.

Rampasan jam 1.45 petang itu dilakukan hasil rondaan yang dilakukan anggota bertugas di Kampung Lubok Gong di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa sedang membuat rondaan, anggota bertugas telah mengesan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan terhadap kotak-kotak yang berada di dalam pacuan empat roda tersebut menjumpai 1,608 pelbagai jenama perisa vape disyaki untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Batalion 7 PGA Kuantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1,608 vape bernilai RM192,960 di pangkalan haram Tebu pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir mas untuk tindakan lanjut.

"Jumlah keseluruhan rampasan RM312,960," katanya.

Iklan