Australia tidak iktiraf Baitulmaqdis Barat ibu negara Israel

Iklan
Penny Wong - Foto AFP

SYDNEY - Australia pada Selasa tidak lagi mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara haram Israel sekali gus menarik balik keputusan yang dibuat oleh kerajaan negara itu sebelum ini.

Menteri Luar, Penny Wong berkata, status bandar itu harus diputuskan melalui rundingan damai antara Israel dan Palestin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan penyelesaian dua negara, katanya sambil menambah:"Kedutaan Australia sentiasa berada dan kekal di Tel Aviv".

Pada tahun 2018, kerajaan konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri, Scott Morrison ketika itu mengikuti langkah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam menamakan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel.

Iklan
Iklan

Tindakan itu menyebabkan tindak balas domestik di Australia dan menyebabkan pergeserannya dengan negara jiran, Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk Muslim paling ramai di dunia. - Agensi